Monday, 27 March 2017

RnR dengkil

so im back again...salam 1 malaysia ,haha so post sebelum ni i post about coffee break right ?now i akan ceritakan sepanjang i kat rnr pulak ,so i dengan kawan kawan i pergi sana ,kitaorang berkumpul kat kolej pukul 8.00 pagi ,pagi tak ?memang pagi sangat tuh πŸ˜‘ ,lepas dah tunggu semua berkumpul dan semua dah ada ,kitaorang gerak  naik 2kereta .Mula mula kitaorang pergi breakfast dulu lepas tuh baru pergi rnr .I pergi rnr dengkil ,lama jugak la nak tiba sana boleh sampai tidur lena kat dalam kereta .So bila dah tiba sana amboiiiii panas bakhang weyhhhh  ,haha tu lain cerita bruhhh .So setelah tiba kat sana kawan i belila minuman .Kat sana ramai jugak la pelanggan sebab kitaorang pergi hari sabtu tak silap .Bolehla tahan ramai orang .Cuti sabtu ahad kan .Then mula mula kitaorang beli makanan dan minuman tak silap i , So i nak tunjukkan beberapa keping gambar semasa kitaorang ada kat rnr dengkil .

                                               
                                           
ini pulak gambar di rnr dengkil .Nampak tak cuaca haritu macam mana ?bahang wei .haha

ini pulak beberapa lauk yang dijual di salah satuu kedai di situ ,nampak menyelerakan tak ?😁

    
             so ini pulak salah satu kedai yang menjual makanan ringgan seperti  ada dalam gambar yang i post ini .
                     
         
          Daily fresh

ini pulak salah satu kedai yang menjual makanan seperti waffle ,ice cream  .I meleler air liur bila lalu kat  kedai ni.Sedap pulak weyhhhhhh ,menyesal i tak beli hmmm.

                                            
                                           terbaikkkk 
and gambar kat atas  ni pulak gambar kawan kawan i beli icecream kat  stall yang ada kat rnr dengkil .Nampak tak muka diaorang bila dapat icecream ?Suka lettew sebab time ni pulak cuaca tengah bahang kan dapat ice cream memang sedap ah ceritanya and lupa nak cakap yang pakcik ni sebenarnya lecture dari universiti malaya dan dia menjual icecream ni sebagai side income dia ..Haha i tak makan i just tengok jeh mampu hahahahah .


so gambar yang last ni pulak  gambar di antara kawan kami dengan salah seorang pelanggan 

             
                     bersama dengan salah seorang  pelanggan .


so ini jela setakat ini apa yang i sendiri rasa bila pergi rnr dengkil,kalau uols nak rasa macam mana perkhidmatan makanan kat sini ,korang pergilah tapi pergi hari cuti ,hari cuti kan ramai so korang boleh rasai sendiri pengalaman pergi sana  .and eh lupa nak bagitahu i bagi 4 bintang untuk rnr ni sebab rnr ni bersih ,tandas pun not bad and makcik makcik kat sana peramah jugaklah and servis kat sana okey lah πŸ‘ŒSo guys i dah nak kena pergi ni so assalamualaikum .πŸ‘‹


Sunday, 26 March 2017

coffee break

hye assalamualaikum guys ,so it is 4.15 p.m and hari ni hari  yang sangat memenatkan bagi i.So harini i nak cerita sedikit pasal apa yang i buat harini .Jadi pagi tadi i pergi coffee house di muar iaitu "KOPI 434" .i pergi sana dan you guys know what ?????ramai gila kat sana biasalah hari cuti kan so kebanyakkan orang yang pergi sana bukan orang dari muarla ramai macam pelancong something like that lah ...πŸ˜ƒhaha .Bila pergi sana kan terasa macam ada kat tempat lain doh ....seriousla sebab decoration dalam tu so beautiful weyh nanti i show u guys gambar k ?πŸ˜› kat sana i makan nasi lemak ayam , ice cream coffee ,roti bakar and air kosong .so far i think the price relevent la dengan apa yang i makan .If you guys came here you can try the food and coffee at here .Jom i tunjukkan one by one gambar πŸ˜‹

kopi 434
                                    this is lambang or trademark of this cafe .Elephant kauuu haha .


ini pulak jenis jenis makanan dan minuman yang ada kat dalam menu ni ,serious guys i take a long time to choose the drink and food that i want to eat .Rambang mata wooooooooo .πŸ‘i bet u guys mesti susah nak pilih makanan sebab maknan dia banyak gila wei ,Kebanyakkan pelanggan suka minum air icecream coffee katanya .

my breakfast ?

so ini pulak apa yang i makan ,sedap kan ?semua not bad la πŸ‘haha i nak cerita sikit pasal decoration cafe ni tau ,nice doh 

a lot of coffee

u guys nampak tak yang dalam rak tu ,tu semua pelbagai jenis kopi tau ,u guys boleh beli kopi tu and then make your own coffee at home .Masa semalam i pergi sini kan ramai doh beli coffee tu,i actually nak la jugak beli but i am not a coffee lover but i try πŸ˜‰,dah terasa macam dalam kilang coffee pulak sebab aroma kopi ni boleh dicam dari luar kedai .          

                       


coffee bean ?

                                                                                                                       
 ni pulak coffee yang dia letak kat tempat pameran .Kata akak yang i interview tu katanya ni bukan yang ori punya sebab dia untuk pameran je  .






me with miss fatin
gambar ini pulak ialah gambar i dengan customer kat kedai kopi ni .Nama dia fatin katanya dia kalau balik muar je mesti singgah sini and she is so nice doh .  πŸ˜†    








me with pekerja kopi 434



gambar ni pulak i dengan salah sorang pekerja kopi 434 .I pun ada interview dengan dia ni .Mula mula malu jugaklah nak interview akak ni sebab masatu dalam kedai kopi ni pekerja kebanyakkan tengah sibuk kerja sebab time tuh ramai orang dalam kedai nasib dia boleh spent kan masa yang sedikit umtuk i .thanks kak






and lastly kan i bagi 5 bintang untuk kedai coffee 434 ni sebab bagi i kan dia punya service dia cepat tak lambat makanan pun sedap and harga pun berpatutan .Dekorasi dalam ni pun terbaik jugak  sebab tak serabut pun and boleh bersantai dalam keadaan yang tenang and lokasi dia pun agak strategik kerana dia memang tengah bandaraya muar ,dia berhadapan dengan terminal bus ,so kalau orang orang yang baru tiba muar bolehla pergi kedai kopi 434 tu and kedai kopi tu bersih So selepas dah habis interview dengan pelanggan dan habis makanan i pun balik ,hihihihi perut dah kenyang ma so hati pun riang .

and ni pulak website kedai kopi 434 tuh  : http://www.saikee.com/
ini pulak alamat  number phone               : no 111 jalan bakariah ,111 jalan bakariah 84000 
                                                                       ,muar johor .
                                                                 
                                                                    :(606)9513828 / (606)9543434
                                                                    :enquiry@saikee.com























Sunday, 19 February 2017

            Hai guys kepada semua orang yang membaca blog i ..pertama sekali tujuan i mencipta blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman i  tentang perkhidmatan makanan .Sebelum itu i nak tanya kat korang ,korang suka makan tak ?mestilah korang suka kan sebab blog ini memang i mencipta khusus untuk yang suka makan sahaja ,yang tidak suka you guys can get out from my blog haha πŸ‘ŒπŸ‘Œjust kidding 😝janganlah ambil hati pulak chill chill jeh .Haa korang  tahu tak apa maksud perkhidmatan makanan ?haaa nak tahu tak ??

             Perkhidmatan makanan ialah merujuk kepada sesuatu institusi atau kedai makan atau restoran atau pihak-pihak tertentu yang menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah disiap untuk dipesan, dan dimakan (atau minum) di premis atau diluar premis. Ia meliputi juga kepada perkhidmatan kulinari dan katering. Pilihan perkhidmatan makanan boleh dibuat dalam bentuk ala carte atau layan diri. Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat dan kelainan cara masakan.

             Perkhidmatan makanan kini amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan kerana itu banyak dari pengendali perkhidmatan makanan menawarkan pakej-pakej pengurusan dan khidmat penyediaan dan penghantaran makanan yang pelbagai bergantung kepada kos, kehendak pelanggan dan kualiti perkhidmatan. Haaa korang dah faham tak maksud perkhidmatan makanan ?dah kan ?So sekarang ini saya akan menceritakan kepada korang semua beberapa tentang tempat ,makanan serta minuman yang menjadi bualan ataupun orang yang zaman sekarang tengah hangat atau menjadi trending .Sebagai contoh gambar yang saya letak di bawah ni adalah sebahagian makanan/minuman yang telah dihipsterkan menggunakan alat alat di dalam makmal .Gempak tak guyssss ???gempak kan . 

minuman dan makanan di chemistry lab .kreatif kan ?😎



selain gambar di atas kan guys ,ada yang lebih hipster tau jap jap saya upload jap

tadaaaaaaaaaa mi pulak kan namanya makanan yang diletakkan  dalam kelapa .Ia dinamakan "sangkaya".Korang terliur tak ?mestila terliur kan ,gambar cun kan ?harga pun cun la πŸ˜‹πŸ˜‹

selain  itu kan ,saya nak cerita sikit tentang operasi perkhidmatan makanan .Korang kalau pergi melancong kan korang mesti akan berhenti dekat rnr kan ?Haa korang tahu tak rnr jugak adalah sebahagian daripada operasi perkhidmatan makanan tau .

ini ialah gambar rnr di machap .

Rnr ini adalah bertujuaan bagi pelancong yang datang singgah untuk berehat sebentar di sini .Ia juga menyediakan kemudahan seperti surau ,tandas dan kedai makan.

Selain dari rnr kan korang ,coffee house juga adalah sebahagian daripada operasi perkhidmatan makanan .Contoh coffee house ialah seperti starbuck,coffee house serta yang berkaitan denganya .

ini pulak ialah gambar coffee house.Cantik kan ?

kebanyakkan coffee house kan dekorasi mereka macam gambar di atas .Menarik kan ?Selepas tu kan ,coffee house ni mereka menyediakan perkhidmatam seperti free wifi .Dengan free wifi jugak boleh menarik perhatian pelanggan .Jika dahulu kan coffee house orang hanya minum kopi sahaja tetapi dengan zaman yang kian berubah ni cofee house juga menyediakan makanan seperti kek,muffin,pie dan sebagainya .Ramai pengunjung makan di coffee house kerana ingin melepak dalam jangka masa yang panjang .

Dan jenis operasi perkhidmatan yang terakhir ialah kantin asrama sekolah .

kantin di asrama sekolah 

kantin asrama sekolah ialah perkhidmatan bukan komersial kerana ia tidak mementingkan keuntungan kerana ia more to amal kebajikan .Ia juga mementingkan kebersihkan setiap kali serve kepada murid murid .

haaaa u guys dah tahu kan serba sikit tentang operasi perkhidmatan makanan kan ....ok la korang i cerita sampai sini jela harini sebab nanti i akan update lagi blog i dengan sesuatu benda yang lebih menarik .Stay tuned guyssss jangan lupa sharekan blog saya kat kawan kawan tau supportla blog i ni sebab i pon  baru juga membuat blog ini .K guys iolss mintak diri dulu ok geng gerak lu pape roger assalamualaikum ✌✋