Sunday 19 February 2017

            Hai guys kepada semua orang yang membaca blog i ..pertama sekali tujuan i mencipta blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman i  tentang perkhidmatan makanan .Sebelum itu i nak tanya kat korang ,korang suka makan tak ?mestilah korang suka kan sebab blog ini memang i mencipta khusus untuk yang suka makan sahaja ,yang tidak suka you guys can get out from my blog haha ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œjust kidding ๐Ÿ˜janganlah ambil hati pulak chill chill jeh .Haa korang  tahu tak apa maksud perkhidmatan makanan ?haaa nak tahu tak ??

             Perkhidmatan makanan ialah merujuk kepada sesuatu institusi atau kedai makan atau restoran atau pihak-pihak tertentu yang menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah disiap untuk dipesan, dan dimakan (atau minum) di premis atau diluar premis. Ia meliputi juga kepada perkhidmatan kulinari dan katering. Pilihan perkhidmatan makanan boleh dibuat dalam bentuk ala carte atau layan diri. Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat dan kelainan cara masakan.

             Perkhidmatan makanan kini amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan kerana itu banyak dari pengendali perkhidmatan makanan menawarkan pakej-pakej pengurusan dan khidmat penyediaan dan penghantaran makanan yang pelbagai bergantung kepada kos, kehendak pelanggan dan kualiti perkhidmatan. Haaa korang dah faham tak maksud perkhidmatan makanan ?dah kan ?So sekarang ini saya akan menceritakan kepada korang semua beberapa tentang tempat ,makanan serta minuman yang menjadi bualan ataupun orang yang zaman sekarang tengah hangat atau menjadi trending .Sebagai contoh gambar yang saya letak di bawah ni adalah sebahagian makanan/minuman yang telah dihipsterkan menggunakan alat alat di dalam makmal .Gempak tak guyssss ???gempak kan . 

minuman dan makanan di chemistry lab .kreatif kan ?๐Ÿ˜Ž



selain gambar di atas kan guys ,ada yang lebih hipster tau jap jap saya upload jap

tadaaaaaaaaaa mi pulak kan namanya makanan yang diletakkan  dalam kelapa .Ia dinamakan "sangkaya".Korang terliur tak ?mestila terliur kan ,gambar cun kan ?harga pun cun la ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

selain  itu kan ,saya nak cerita sikit tentang operasi perkhidmatan makanan .Korang kalau pergi melancong kan korang mesti akan berhenti dekat rnr kan ?Haa korang tahu tak rnr jugak adalah sebahagian daripada operasi perkhidmatan makanan tau .

ini ialah gambar rnr di machap .

Rnr ini adalah bertujuaan bagi pelancong yang datang singgah untuk berehat sebentar di sini .Ia juga menyediakan kemudahan seperti surau ,tandas dan kedai makan.

Selain dari rnr kan korang ,coffee house juga adalah sebahagian daripada operasi perkhidmatan makanan .Contoh coffee house ialah seperti starbuck,coffee house serta yang berkaitan denganya .

ini pulak ialah gambar coffee house.Cantik kan ?

kebanyakkan coffee house kan dekorasi mereka macam gambar di atas .Menarik kan ?Selepas tu kan ,coffee house ni mereka menyediakan perkhidmatam seperti free wifi .Dengan free wifi jugak boleh menarik perhatian pelanggan .Jika dahulu kan coffee house orang hanya minum kopi sahaja tetapi dengan zaman yang kian berubah ni cofee house juga menyediakan makanan seperti kek,muffin,pie dan sebagainya .Ramai pengunjung makan di coffee house kerana ingin melepak dalam jangka masa yang panjang .

Dan jenis operasi perkhidmatan yang terakhir ialah kantin asrama sekolah .

kantin di asrama sekolah 

kantin asrama sekolah ialah perkhidmatan bukan komersial kerana ia tidak mementingkan keuntungan kerana ia more to amal kebajikan .Ia juga mementingkan kebersihkan setiap kali serve kepada murid murid .

haaaa u guys dah tahu kan serba sikit tentang operasi perkhidmatan makanan kan ....ok la korang i cerita sampai sini jela harini sebab nanti i akan update lagi blog i dengan sesuatu benda yang lebih menarik .Stay tuned guyssss jangan lupa sharekan blog saya kat kawan kawan tau supportla blog i ni sebab i pon  baru juga membuat blog ini .K guys iolss mintak diri dulu ok geng gerak lu pape roger assalamualaikum ✌✋